Sunday 31 July 2011

Tqvm Kak Nonie

Tempahan lagi dari Kak Nonie. Terima kasih bebanyak kak, sebab percaya pada produk kami. Dan tempahan kali ini ialah 400 biji apam berinti coklat dan 2 biji carrot cake. Terdapat salah infomasi menyebabkan saya terbuat 2 biji carrot cake saiz 9". Sepatutnya empunya diri cuma hendak kan saiz 3x8 jer. Minta maaflah yer kak. Akak faham lain, saya faham lain. Namun mujur dia tak kisah. Dan ambil juga. Telah selamat dipick-up oleh anak bujangnya yang hensem.


 400 biji apam
50 biji sebekas
Untuk diagih-agih katanya


 2 biji carrot cake.
SMS kak nonie:
Salam...tq,kek karet sedapp


 Semua tempahan yang telah siap sedia

Apa pun, terima kasih kak
Lain kali tempah lagi yer


Tqvm Linda

Linda telah menempah 1 biji puding roti, coklat moist dan 50 biji apam pelbagai filling. Dan telah selamat di pick-up di Kolej Shah Putra.

Kebetulan Linda akan melansungkan majlis perkahwinannya bulan 11 nanti. Jadi jika ada rezeki kami, Linda akan berurusan lagi dengan kami.

Apa pun tqvm dear. Harap berpuas hati yer.

 50 biji apam





 puding roti

 coklat moist


Harap kita akan berurusan lagi yer




Apam polkadot untuk Azlianie

Tempahan dari kenalan fb. Terima kasih bebanyak dear. Dan selamat di pick-up di Giant Kuantan. Kalau puas hati, lain kali order lagi yer.

 50biji apam berinti coklat dan kacang merah

Apam polkadot untuk Ana Balok

Terima kasih Ana kerana sudi menempah dari kami. Ana telah menempah 100biji apam berinti dan dipacking 4 biji dalam plastic box. Selamat di pick-up di Kolej Shah Putra. Harap berpuas hati yer.










Tqvm dear.
Lain kali order lagi.



Apam polkadot untuk Pn Dyla Taman Shahzan

Repeat order dari Dyla yang menginginkan 50 biji apam polkadot berintikan kaya dan blueberry. Dan selamat di pick-up di rumah saya. Tqvm dear. Lain kali order lagi yer.


5 biji apam untuk Dyla




Apam polkadot untuk Pn Aida Damansara

Terima kasih kepada Pn Aida yang sudi menempah 200 biji apam polkadot dengan kami. Dan selamat d pick-up di rumah saya. Harap berpuas hati. Dan jika okey, lain kali order lagi...he3

 apam polkadot yang telah siap dipacking





Tqvm yer. Ada rezeki, kita berurusan lagi.



Friday 29 July 2011

Apam polkadot untuk Pn Amalina

Repeat order dari Pn  Amalina bersama dengan tempahan rakan seofis nya. Terima kasih kak sebab sudi mempromoskan apam saya pada kawan-kawan. Dan selamat di pick-up dirumah saya. Diharap berpuas hati dengan apamnya yer.

 Apam yang telah dipacking, terlupa nak di snap
Jadi ini ajelah yang ada
Tuan tanah tersibuk sikit sampai terlupa
Apa pun, inilah juga apamnya
300 biji apam berinti bluebery, strawberry dan coklat


Apa pun, ni aje yang sempat di snap

Terima kasih bebanyak yer. Ada rezeki, kita berurusan lagi


Apam polkadot untuk Tira Fb

Order mengejut dari Tira. Apa pun tqvm dear. Harap berpuas hati yer. Ni pun sama terlupa nak snap sebab tergesa-gesa packing kerana hendak dihantar sudah.

50 biji apam untuk percubaan

harap berpuashati yer


Thursday 28 July 2011

Apam polkadot untuk Emy

Terima kasih kepada cikgu RTP Bukit Goh ni kerna sudi menempah apam dengan saya. Minggu lepas, Emy telah menempah puding roti daripada saya. Untuk makan-makan katanya. Dan Emy berpuas hati, serta ingin menempah lagi untuk rakannya pula. Tq Emy kerana promosi pada kawan-kawan...he2

 100 biji apam berinti coklat & blueberry

 50 biji lagi untuk sekolah anaknya


Tqvm yer. Jika ada rezeki, kita berurusan lagi

Apam polkadot untuk Netty fb

Tempahan diterima daripada rakan facebook saya. Dan selamat diambil oleh rakan si Netty ni. Jangan tak tau, sebenarnya saya segan juga dengan dia ni. Sebab dia adalah tauke kuih raye yang sudah semestinya menghasilkan kuih rayer yang cantik dan comel-comel berlaka. Apa lah sangat si apam gebu-gebas saya tu kan. Apa pun terima kasih bebanyak yer sebab sudi menempah apam dengan akak.

 100 biji apam berperisa dan berinti

 100 biji apam berinti sahaja

Tqvm dear. Kalau puashati, order lagi yer

Apam polkadot untuk Sara

Repeat order dari Sara. Walaupun order mengejut, namun disebabkan rezeki, saya terima jer. Dan selamat di pick-up dirumah saya oleh empunya diri. Tqvm dear.

 100 biji apam berinti kiwi, strawbery, kaya

 100 biji lagi apam berinti blueberry.




Kalau berpuas hati, lain kali order lagi yer. Jangan serik berurusan dengan akak yer.

Monday 25 July 2011

CMC untuk Kak Siti

Tempahan diterima daripada Kak Siti, Batu 10. Tqvm kak kerana sudi menempah cmc dengan saya. Harap akak berpuas hati yer.

 CMC 1.2 kg

Terima kasih daun keladi yer...he2




Sunday 24 July 2011

TQVM Pn Siti Farhana

Tqvm pada Pn Siti yang sudi menempah dari saya. Untuk sambutan besday anaknya di tadika. Apa pun harap Pn Siti berpuas hati yer.

 Kek coklat moist

 Apam untuk cikgu tadika

 2 biji puding roti


 Ni untuk kawan-kawan Aiman dan Asyraf
30 peket

Terima kasih bebanyak yer Siti.
Lain kali tempah lagi dengan akak..he3


TQVM Kak Nonie

Repeat order apam dari kak Nonie. Terima kasih bebanyak kak sebab menyokong bizs kecil-kecilan saya ni. Dan akak ni juga adalah salah seorang rakan pelanggan yang amat mudah sangat saya berurusan. Cuma akak ni dia suka benor buat tempahan terkezut. Mujur kali ni dia bagi saya tempoh masa kecemasan. Biasalah kan, kalau hujung minggu sibuk dengan anak-anak yang cuti di rumah. Jadi kerja pun jadi lambat....he3.



 200 biji apam siap sedia untuk di pick up

 50 biji muffin coklat chips saiz s

 Muffin saiz S

 Kek coklat moist

 Kek marble

Alhamdulliah...semua dah siap. Dan telah di pick-up di rumah tuan tanah tadi.
Apa pun harap kak Nonie berpuas hati yer
Jangan serik berurusan dengan saya lagi..he2



Apam polkadot untuk Hanaz

Tempahan daripada Hanaz sebanyak 500 biji dan dibungkus dalam bekas shushi yang 2 biji tu sebanyak 250 bekas. Untuk dijadikan doorgift katanya. Saya tidak berkesempatan berjumpa dengannya kerana sibuk menyiapkan tempahan lain. Apa pun terima kasih bebanyak Hanaz. Kalau berpuas hati dengan hasil kerja akak, kita berurusan lagi di lain kali....he2..

 Apam yang telah siap di packing

 Mudah benar berurusan dengan Hanaz ni
Tempah, bayar booking dan ambil ikut masa yang dijanjikan.
Harap-harap ramai lagi rakan-rakan pelanggan sepertinya



Apam polkadot untuk Syikin

Terima kasih kepada Syikin yang sudi menempah 50 biji apam pelbagai inti dan 100 biji mini coklat moist. Untuk makan-makan katanya. Comel lote cik Syikin kita ni. Kecil molek jer. Lupa plak nak tanya sama ada dah puan ke belum...he3. Apa pun, harap Syikin puas hati yer.

 50 biji apam polkadot



 100 biji mini coklat moist

Jangan serik menempah kuih dari akak lagi yer



Puding roti untuk Emy

Tempahan dari Emy yang berpuasa di kala itu. Untuk berbuka puasa katanya. Terima bebanyak yer Emy. Harap berpuas hati. Lain kali order lagi yer dengan akak.

Puding roti

Sms dari Emy :
Anak n suami pn suke, bertambah lgi..mmg sedap n berbaloi la kak...

Apam polkadot untuk Reen

Repeat order dari Reen. Tqvm yer dear. Harap berpuas hati yer....he2

Saturday 23 July 2011

TQVM Pn Amalina

Terima kasih bebanyak kepada Pn Amalina kerana sudi menempah daripada saya. Walaupun tempahan yang mengejut, namun disebabkan masih boleh disiapkan, maka saya terima jer. Alhamdullilah, siap juga akhirnye. Dan selamat dipick-up sendiri oleh empunya diri di rumah saya.

 Kek coklat moist 

 Puding roti

 Apam polkadot filling strawbery
 
Kek marble moist.
100% butter
Merekah disebabkan tuan tanah nak cepat masak
Itulah jadinya
Sorry yer Pn Amalina (nak panggil akak seganlah pulak, sebab nampak muda jer)

Sms dari Pn Amalina:
"Semua ok terutama apam polkadot, kuah puding tu likat sgt. Kalu cair lg baik"

Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan
Akan dibuat penambahbaikan..he2

Sebenarnya, kuah puding roti tu ada yang suka likat dan ada yang tidak. Itulah pasal. Apa pun tqvm yer




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...