Saturday 26 November 2011

Tempahan apam lagi

Assalamualaikum...

Cuti sekolah telah bermula....bermakna musim naik pelamin pun bermulalah. Jadi hampir setiap minggu tempahan yang agak padat diterima. Apa pun...alhamdullilah....kerana rezeki dari Allah ni.















Sunday 20 November 2011

Apam untuk Kak Wan

Terima kasih bebanyak pada Kak Wan yang sudi menempah apam dari kami. Untuk doorgift majlis perkahwinan adindanya. Apa pun terima kasih bebanyak yer.

1000 box apam polkadot




set hantaran



Sekali lagi, terima kasih daun keladi yer kepada kak Wan sekeluarga




Saturday 19 November 2011

Tempahan lagi...

Alhamdullilah...syukur kepada Allah..yang telah melimpahkan rezeki kepada kami. Ini antara tempahan yang sempat saya ambil gambarnya. Maafkan saya jika terlupa siapa empunya tempahan. Bila dah bertindih-tindih, tak pasti plak sapa yang punya. Sebab hampir sama jer.


Tq Sue

Tq Rosliza



Tq kak Wani


Hari ni sebab mood baik, selepas hampir demam menyiapkan tempahan semalam...
jadi saya nak berpantun yer..

Pecah kaca, Pecah gelas
Sudah rasa, Beri maklumbalas

Sekian

Doorgift MCM & apam polkadot untuk Kak Mas

Terima kasih kepada kak mas sekeluarga yang sudi menempah MCM & apam polkadot dari kami. Untuk majlis  kahwin adik, katanya.

Alhamdullilah, berjaya juga disiapkan dan telah selamat dihantar. Diharap pihak kak Mas berpuas hati yer. Namun apamnya terlupa nak snap..sebab kalut nak hantar. Jadinya hanya ada gambar MCM jer.










Semoga majlis kak Mas sekeluarga yang berlangsung dipermudahkan dan berjalan lancar

Sunday 13 November 2011

Tempahan hantaran apam untuk nur ma

Terima kasih yer kepada nur ma. Untuk dihadiahkan pada sepupunya (kalau saya tak silaplah). Apa pun terima kasih bebanyak yer. Semoga berpuas hati.



Wednesday 2 November 2011

Tempahan lagi...

Aduhai...puas tercari-cari masa nak update blog ni...bilalah nak jadi macam dulu. Ada jer tempahan, terus boleh update...Masa...masa... Salah sayalahkan...tak pandai nak bahagi masa. Pengurusan masa yang sememangnya "out".

Maaflah yer kepada sesiapa yang saya tertinggal untuk letakkan tempahnya di sini yer. Alhamdulilah..tempahan apam dan mini coklat moist mendapat tempat di hati pelanggan. Sehingga tak menang tangan dibuatnya. Nasib baik ada pembantu yang membantu saya melunaskan segala tempahan. Rasanya, kalau buat sorang-sorang, dah lama tergolek-golek sambil nyanyi lagu hindustan...penatnya..he..he..

Jadi..bila berpeluang ni, saya cuba buat marathon update yer...he..he.. Harap tercapai. Apa pun, saya juga ingin mengucap ribuan terima kasih kepada anda yang masih menyokong produk nur kuantan..he..he..ucapan guru besar sekolah pulak..













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...