Friday, 3 June 2011

Apam polkadot untuk Kak Pah

Alhamdullilah...sehari dua ni rezeki agak murah. Banyak tempahan diterima. Terutama apam lah. Sebab untuk dijadikan doorgifts.

Kali ini tempahan mengejut dari Kak Pah. Tempah tengahari semalam, lepas tu nak ambil petang. Disebabkan dia tak kisah warna dan hanya nak satu warna serta tak der filling, jadi saya terima jer. Lagipun ketika itu saya sedang menyiapkan tempahan pelanggan lain. Jadi masih sempat disiapkan. Alhamdulillah...

Kak pah datang sendiri ambil petang semalam. TQ Kak Pah. Jangan serik order lagi yer. Dan jangan lupa war-warkan pada rakan-rakan yang lain.

Apam untuk Kak Pah
Hijau dan dotnya merah

Apam polkadot untuk CikTa CikTi

Tempahan dari Cik Ta untuk majlis sambut tetamu adik iparnya. 400 biji dibungkus dalam bekas 2 biji. Hasilnya dapatlah dalam 200 paking. Warna tak kisah, tapi ada filling.






Trimas Cik Ta. Nanti order lagi yer. Akan delivery ke Negeri Sembilan Petang ni.

Tempahan apam lagi

Tempahan dari akak (maaf yer nama saya tak ingat) ni yang nak 200 biji. 100 warna hijau kuning dan 100 lagi merah putih.

Tema hijau kuning

Tema merah putih
Untuk diagihkan kepada kanak-kanak semasa hari kenduri katanya. Terima kasih yer kak. Nanti jangan serik nak order lagi dengan saya.

Wednesday, 1 June 2011

Apam polkadot untuk Nazira

Apam polkadot ini ditempah oleh Nazira sebanyak 250 biji. Nak warna-warni. Jadi inilah hasilnya. Terima kasih Zira. Nanti order lagi yer.



Mini cupcake coklat moist untuk Cik Siti

Salam. Ini adalah mini cupcakes coklat moist untuk cik siti. Hasilnya merekah kerana cukup gebu. Lembut sahaja apabila masuk ke dalam mulut. Sedap kata pelanggan saya ini. Insya-Allah akan tempah lagi katanya.

100 biji cupcakes mini
sesuai untuk sebarang majlis
Malahan untuk makan-makan pun okey juga




Monday, 30 May 2011

Mini Cupcakes coklat moist kukus

Saya menerima tempahan mini cupcakes coklat moist yang dikukus. Rasanya lembut, moist dan gebu. Saiznya lebih kecil daripada saiz cupcakes biasa.

 Mini Cupcakes coklat moist
Gebu, lembut dan moist
Paper cup saiz 2


 Harga :
S2 size - paper cup saiz 2

RM0.40 SEBIJI
min order 100biji



M size

RM 1.00 SEBIJI
min order 50 biji



Mini cupcakes ini juga boleh dipacking

Bekas Transparent  
Bekas terdapat dalam saiz untuk 2 biji/4 biji/6 biji/ 8 biji / 16 biji dll

Plastik bunga juga ada

Rasa yang sungguh moist, lembut dan gebu.
Insya-Allah sedap.
Rugi kalau tak cuba
Jadi, jika berminat bolehlah hubungi saya








Kek Coklat Moist

Kami menerima tempahan kek coklat moist. Resepi terbaik yang saya pilih untuk kek ini. Rasanya yang lembut dan enak. Serta cair di dalam mulut...hurm...sedap

Lebih enak apabila disirami dengan coklat dan ditaburi dengan coklat rice.

Sebelum ditabur coklar rice

Selepas ditabur dengan coklat rice

Siap sedia dipacking
Ini sebenarnya tempahan dari Iqa.
Untuk besday anak buahnya yang tak boleh makan kek beli di kedai.
Saya tak berapa pandai nak deko cecantik lagi.
Tapi dia kata, tak per...janji sedap.
Siap dia kata lagi, "sedap betul puding roti akak hari tu".
Terima kasih order yer Iqa.
Nanti order lagi

Harga kek coklat moist ini:

RM 30 = +- 1kg 
RM 18 = +- 600 gram




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...