Thursday, 4 August 2011

Apam ladybird & bee

Kini kami juga menerima tempahan apam ladybird dan bee. Disebabkan agak rumit dan memerlukan ketelitian dalam membuatnya, maka harganya berbeza daripada apam polkadot yang biasa tu. Jadi sesiapa berminat boleh sms/call atau join facebook(digalakkan kerna lebih jimat dan percuma) kami.

Malu-malu kucing
Eh...silap. Malu-malu ladybird bertemu bees

 Meh..kita nak gossip jap
Tapi....kan bulan puasa, mana boleh gossip. Dosa tau

Okeylah..kalau cam tu kita buat hal sendiri lah

Eh..tak baik tau
Ramdhan ni kita kena kurangkan bercakap, tapi bukan tak bercakap langsung

Apam polkadot untuk Wan

Terima kasih pada wan dan tunang yang sudi menempah apam 50 biji dari akak. harap berpuas hati yer.

Puding roti untuk Sirahaniza


Tempahan dari rakan FB. Tqvm dear. nanti order lagi yer

Apam polkadot untuk Guru SKKP

Apam polkadot untuk guru-guru dan rakan anak saya. Sempena besday dia. harap cikgu berpuas hati yer...

 Ini untuk cikgu



Ini untuk kawan-kawannya

Apam polkadot untuk Emy

Tempahan apam di puasa yang pertama.  Tqvm dear. Walaupun apam polkadot ni bukan untuknya, tapi dia bermurah hati untuk mempromosikan apam saya ni pada rakan-rakan sekejanya. Terima kasih emy. Jasamu akan kukenang. He..he..he..nanti promosi lagi yer. Apa pun rakannya itu telah sudi menempah 100 biji apam berinti coklat.

 100 biji apam polkadot berinti coklat






Terima kasih yer.
Kalau okey, kita berurusan lagi.




Sunday, 31 July 2011

Tqvm Kak Nonie

Tempahan lagi dari Kak Nonie. Terima kasih bebanyak kak, sebab percaya pada produk kami. Dan tempahan kali ini ialah 400 biji apam berinti coklat dan 2 biji carrot cake. Terdapat salah infomasi menyebabkan saya terbuat 2 biji carrot cake saiz 9". Sepatutnya empunya diri cuma hendak kan saiz 3x8 jer. Minta maaflah yer kak. Akak faham lain, saya faham lain. Namun mujur dia tak kisah. Dan ambil juga. Telah selamat dipick-up oleh anak bujangnya yang hensem.


 400 biji apam
50 biji sebekas
Untuk diagih-agih katanya


 2 biji carrot cake.
SMS kak nonie:
Salam...tq,kek karet sedapp


 Semua tempahan yang telah siap sedia

Apa pun, terima kasih kak
Lain kali tempah lagi yer


Tqvm Linda

Linda telah menempah 1 biji puding roti, coklat moist dan 50 biji apam pelbagai filling. Dan telah selamat di pick-up di Kolej Shah Putra.

Kebetulan Linda akan melansungkan majlis perkahwinannya bulan 11 nanti. Jadi jika ada rezeki kami, Linda akan berurusan lagi dengan kami.

Apa pun tqvm dear. Harap berpuas hati yer.

 50 biji apam





 puding roti

 coklat moist


Harap kita akan berurusan lagi yer




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...