Saturday, 3 September 2011
Tempahan pelbagai.....tqvm semua---1
Terima kasih kepada semua yang telah sudi menempah kuih mahupun kek dari saya sepanjang ramadhan dan menjelang hari raya Aidilfitri. Diharap berpuas hati yer.
Sunday, 28 August 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Pejam celik pejam celik, rupanya tinggal lagi 2 hari lagi kita nak berasa. Terasa masa cukup pantas berlalu.
Dengan ini saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Dan saya sekeluarga juga ingin memohon seribu kemaafan dari zahir mahupun batin. Semoga dihalalkan segala kekurangan, keterlewatan dan segala ke..ter..ter..yang lain. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.
Dan jangan lupa bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan untuk majlis rumah terbuka atau makan-makan, sila hubungi saya di talian 0104049491. Tempahan awal amatlah dihargai.
Sesungguhnya, tanpa anda semua sebagai pelanggan kami, siapalah kami.

Monday, 22 August 2011
Tempahan untuk open house sempena aidilfitri sudah mula diterima
Kami kini mula membuka tempahan untuk majlis rumah terbuka sempena aidilfitri ini. Jadi sesiapa berminat boleh hubungi kami melalui telefon mahupun facebook. Seperti biasa, setiap tempahan perlu disertakan dengan bayaran penuh untuk sahkan tempahan.
Tempahan mula diterima selepas raya ke 6 iaitu 5 September 2011.

Tuesday, 16 August 2011
Samosa dan karipap sejuk beku
Kini kami juga mengambil tempahan samosa dan karipap sejuk beku. Samosa dan karipap ni sangat sedap. Bukan itu sahaja malahan rangup dan secukup rasa. Jadi gambarnya akan saya upload kemudian. Samosa dan karipap ini adalah hasil kerja makcik saya. Dia dah lama buat dan jual kuih ni. Jadi tak rugi kalau mencuba kerana cukup sedap dan Insya-Allah akan memenuhi selera anda.
Malahan harganya cukup murah iaitu RM3.50 untuk 10 biji (1 bekas). 3 bekas untuk RM10 jer. Jadi sesiapa yang berminat hendak membeli secara borong, akan mendapat harga yang lebih istimewa.
Nantikan kemunculannya yer....karipap dan samosa sejuk beku

Monday, 15 August 2011
Apam polkadot untuk ......
Tempahan apam polkadot dan apam ladybird ni sebenarnya untuk orang lain. Tapi entah di mana silapnya, puas saya call tak dapat tuan empunya diri tu. Mujur ada mak mertua saya yang sudi mengambilnya untuk dibawa ke masjid. Itulah kan. Macam-macam perangai manusia ni. Dan disebabkan ini, maka setiap tempahan yang dibuat perlu disertakan dengan bayaran penuh. Barulah tempahan itu akan dilayan. Tanpa bayaran, saya tidak akan membuatnya. Kecuali sesiapa yang tak banyak songel pernah berurusan dengan saya. Serik rasanya.
Semalam, ketika saya dah buat separuh apam tu, barulah teringat nak call tuan empunya. Sekali tulis 'wrong number'. Aiik...tak kan saya silap kut. Saya minta suami dan ibu mertua cuba pulak. Pun sama. Silap siapa ni? Apa pun berlaku, saya tahu rezeki saya sudah tertulis. Jika hari tu rezeki saya ditarik, Insya-Allah esok akan ada rezeki lain yang mungkin akan lebih mencurah-curah. Redhakan jer. Dan sedekahkan jer....agar rezeki saya lebih murah. Itu yang separuh ladybird dan separuh lagi putih hitam jer.
Hari tu dah terkena sekali. Si penempah tu cancel di saat akhir. Pada hal saya dah buat ketika dia cancel tu. Mungkin disebabkan dia tak bayar lagi, jadi dia ambil mudah. Itu pun saya sedekah kan jer kat kawan-kawan anak saya. Dan Alhamdullilah....esoknya rezeki saya mencurah-curah. Tempahan pun datang sampai tak terambil. Itulah kan...kalau Allah kata itu bukan rezeki saya...maka tak delah. Kalau ada...adalah kan.
Dan saya tahu tidak semua orang sebegitu. Sebab sekian lama saya jual kuih ni, baru 2 kali terkena. Dan masih ramai lagi para pelanggan saya yang jujur. Apa pun kini saya perlu lebih berhati-hati.
Layan gambar apam yang dah selamat dibuat dan dihantar ke Masjid tu...

Separuh lagi ladybird
Apam polkadot untuk Wan
Repeat order lagi dari Wan untuk apam polkadot. Terima kasih yer Wan. Lain kali order lagi. Gambar kali ni kurang comel sebab kamera saya dah rosak dan cuma guna handphone. Mujur nampak warnanya lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)