Sunday 26 June 2011

Apam polkadot untuk Cik Uli

Selamat pengantin baru kepada Norazlina dan pasangannya Zaini yang selamat melangsungkan perkahwinan pada Sabtu, 25 Jun 2011. Semoga kekal ke akhir hayat.

Tempahan apam sebanyak 1000 biji berinti, dipacking dalam bekas 2biji. Serta 20 packing (9biji dalam 1 bekas) untuk VIP.

Doorgirf untuk VIP
Harga : RM3.60 sahaja
beserta 9 biji apam berinti dan riben





Apam polkadot untuk Nurlida

Selamat pengantin baru kepada Nurlida dan pasangannya. Nurlida telah menempah 150 biji apam. Dimana 100 biji dibungkus (2biji) untuk doorgift, manakala lagi 50 untuk makan-makan.



Tq Nurlida. Jangan serik mengorder lagi yer.

SMS dari Nurlida : " Apam ok, budak2 suka"

Apam polkadot untuk Ana

Tempahan diterima daripada Ana yang menginginkan 100 biji, filling dan warna campur2. Walaupun saya agak sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik yang bakal berlangsung, namun disebabkan sikit, maka saya terima.

Alhamdullilah, Ana berpuas hati dengan hasil saya. Malahan siap SMS:
"Terima kasih kak Nur. Sedap sangat. Anak makan sebiji demi sebiji. Sampaikan kena simpan dekat bonet kereta"
(saya terdelete SMS nya, jadi kalau tersilap ayat maaf yer ana)






Tq yer Ana. Nanti order lagi



Saturday 18 June 2011

Apam polkadot untuk Sara

Tempahan mengejut dari Sara. Tempah tengahari nak ambil petang. Disebabkan tempahan sikit jer hari jer, jadi saya terima jer. 100 biji apam pelbagai inti dan warna.

Alhamdullilah, nampaknya Sara suka dengan Apam saya ni. Siap nak order lagi 500 biji untuk majlis akikah anaknya minggu depan. Malangnya tarikh dia nak tu clash dengan majlis kenduri di kampung. Jadi maaf yer Sara. Tak pe...lain kali boleh order lagi...he3



Tq yer Sara. Maklumbalas darinya " Sara puas ati...tq kak ya.."

Apam polkadot dan kek coklat moist untuk Anis Balok

Tempahan tengah malam ini diterima daripada Anis dari Balok. Mujur antara sedar. Jadi harap-harap hasilnya mengikut spek lah yer....he3. Jadi 100 biji apam polkadot berinti kaya, bluberi dan strawberidan kek coklat moist 1.2 kg. Harap berpuas hati yer.

Dan selamat delivery ke Mega Mall Kuantan. Maaf lah yer. Akak terpaksa caj penghantaran. Itu pasal saya lebih suka pelanggan pick up sendiri. Tak sampai hati nak caj...he3


 kek coklat moist 1.2 kg




Maklumbalas dari Anis :
Salam. best akk. apam ok, kek lmbut, moist jer. sdap. tggl suku bahagian dah. insyaAllah psni blh order lg dgn akk..

Tq...yer Nis. Jangan serik untuk mengorder lagi



Friday 17 June 2011

Muffin

Kini kami membuka tempahan untuk muffin. Terdapat pelbagai pilihan perisa iaitu antaranya :

Coklat Chip, Blueberry, Vanilla, Pandan, Oren, Strawbery

muffin pandan


muffin oren

Coklat chips muffin


Vanila Choc dalam dome cassing




Apam polkadot untuk Fiza RTM

Tempahan diterima dari Fiza yang menginginkan 100 biji apam. Apam berinti campur-campur. Jadi inilah hasilnya. Sebenarnya saya lebih gemar pelanggan tetapkan color, bagi memudahkan dan takut pelanggan tak berminat dengan warna yang saya tetapkan. Tapi kalau tak kesah....okey jer kan...he2...

 Warna hijau merah, biru putih dan purple merah menjadi pilihan.

Belum setengah jam saya hantar, Fiza dah bagi maklum balas :
"Akak, ktorg dh mkn yg plastik comel 2..sdap sgt kak..tq ek.."

Alhamdullilah.....TQ Fiza....jangan serik mengorder lagi yer...



Tuesday 14 June 2011

Testimoni pelanggan tempahan apam polkadot

Insya-Allah kami akan membuat feedback selepas jualan. Tujuannya agar dapat meningkatkan kualiti produk kami.

Antara feedback yang kami dapat :

En M (nama saya tak ingat) : Apam polkadot berinti
"Apam tu ok..Sedap...Mmg nk order lg bln dpn.."

Malyanah : Apam polkadot dan mini kek coklat moist
"sdap2..lembut n moist je. x kesat tekak ble mkn..

Monday 13 June 2011

Budget cupcakes

Kini kami juga menerima tempahan untuk bugdet cupcakes. Harga yang amat berpatutan.

Pelbagai perisa disediakan iaitu : vanilla / coklat / strawbery / pandan

Cupcakes akan ditaburi dengan coklat rice / coklat chips

Cupcake kat atas ni Saiz M

Harga:

S SIZE
RM0.35 SEBIJI

M SIZE
 RM0.80 SEBIJI

L SIZE
RM1.20 SEBIJI






Kami juga menyediakan pelbagai packaging yang boleh di request.
Mengikut budget anda
Bekas plastik & plastik bunga : RM0.20
Ambil banyak harga boleh bincang lagi

Berminat hubungi saya.
Insya-Allah berpuashati



Saturday 11 June 2011

Apam polkadot untuk Fazlin Sungai Karang

Tempah diterima daripada Fazlin dari Sungai Karang Kuantan. 100 biji apam polkadot berinti coklat dan peanut butter serta warna merah putih dan purple putih. Disebabkan tempahan diterima ketika saya masih mamai baru bangun tidur, jadilah 3 warna iaitu merah, purple dan putih. Sorry yer dik, check balik order list baru perasan nak 2 warna jer. Harap berpuashati yer.

 Merah dan putih
Purple dan dark purple
Putih dan purple


Terima kasih yer Fazlin. Nanti order lagi yer

Apam polkadot untuk Malyanah UMP

Tempahan apam polkadot dan mini cupcake coklat moist untuk student UMP iaitu Malyanah. Untuk jamuan kelas katanya. 50 biji apam polkadot berinti blueberry dan strawberry serta 100 biji mini cupcakes.

 Merah dan putih
Biru dan putih

 Mini cupcakes coklat moist

Siap untuk delivery ke Giant Kuantan

Terima kasih yer dik. Ada rezeki, kita berurusan lagi.



Apam polkadot untuk En M

Tempahan diterima daripada en M (maaf yer nama sebenar saya tak tahu) iaitu sebanyak 250 biji. Warna purple menjadi pilihan. Tapi saya campur putih bagi naik warna sikit. Filling campur-campur antaranya kaya, coklat, blueberry, strawberry.




Terima kasih yer. Nanti order lagi.

Thursday 9 June 2011

Apam polkadot dan mini coklat moist untuk hari usahawan

Tempahan dari student yang ingin membuat jualan pada hari keusahawanan kolej mereka. 50 packing apam polkadot (4 biji satu bekas) dan 50 packing mini coklat moist ( 4 biji satu bekas).


 Mini coklat moist yang masih belum di packing

Apam polkadot inti kaya.
Apam yang inti coklat tak sempat di snap
2 filling yang diminta iaitu kaya dan coklat

Wednesday 8 June 2011

Kek coklat moist kukus untuk Zara

Tempahan kek ini diterima daripada Zara di wisma belia yang telah menempah kek coklat moist kukus sebanyak 2 biji iaitu 1.8 kg dan 900g daripada saya.



Tq Zara. Kalau ada rezeki order lagi dengan saya yer

Apam polkadot untuk Cik Uli

Tempahan dari Cik Uli untuk makan-makan katanya. 100 biji dengan kaya filling

Merah hitam menjadi pilihan

Monday 6 June 2011

Packaging untuk apam polkadot dan mini cupcakes

Kini kami menyediakan pelbagai pilihan pembungkusan dengan harga yang berpatutan. Warna deco akan mengikut pilihan pelanggan.

 Kod : N01


Kod : N02

 Kod N03


 Kod : N04



N05(a)

 Kod : N05


 Kod N06



 Kod : N07





Kod : N08 - bekas plastik keras

Kod : N09




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...