Showing posts with label Testimoni pelanggan. Show all posts
Showing posts with label Testimoni pelanggan. Show all posts

Friday, 1 July 2011

Tempahan apam polkadot dari Fiza

Setelah bercuti agak lama kerana menguruskan pelbagai urusan, kini saya mula mengambil tempahan semula. Tempahan ini diterima daripada Fiza yang menginginkan 100 biji apam berinti bertemakan warna pink dan putih. Semoga berpuas hati yer Fiza.


Jangan serik order lagi yer fiza.

Sms dari Fiza : " Sdp kak. InsyaAllah pasti order lg nti.." Tq yer fiza

Sunday, 26 June 2011

Apam polkadot untuk Nurlida

Selamat pengantin baru kepada Nurlida dan pasangannya. Nurlida telah menempah 150 biji apam. Dimana 100 biji dibungkus (2biji) untuk doorgift, manakala lagi 50 untuk makan-makan.



Tq Nurlida. Jangan serik mengorder lagi yer.

SMS dari Nurlida : " Apam ok, budak2 suka"

Apam polkadot untuk Ana

Tempahan diterima daripada Ana yang menginginkan 100 biji, filling dan warna campur2. Walaupun saya agak sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik yang bakal berlangsung, namun disebabkan sikit, maka saya terima.

Alhamdullilah, Ana berpuas hati dengan hasil saya. Malahan siap SMS:
"Terima kasih kak Nur. Sedap sangat. Anak makan sebiji demi sebiji. Sampaikan kena simpan dekat bonet kereta"
(saya terdelete SMS nya, jadi kalau tersilap ayat maaf yer ana)






Tq yer Ana. Nanti order lagi



Saturday, 18 June 2011

Apam polkadot untuk Sara

Tempahan mengejut dari Sara. Tempah tengahari nak ambil petang. Disebabkan tempahan sikit jer hari jer, jadi saya terima jer. 100 biji apam pelbagai inti dan warna.

Alhamdullilah, nampaknya Sara suka dengan Apam saya ni. Siap nak order lagi 500 biji untuk majlis akikah anaknya minggu depan. Malangnya tarikh dia nak tu clash dengan majlis kenduri di kampung. Jadi maaf yer Sara. Tak pe...lain kali boleh order lagi...he3



Tq yer Sara. Maklumbalas darinya " Sara puas ati...tq kak ya.."

Apam polkadot dan kek coklat moist untuk Anis Balok

Tempahan tengah malam ini diterima daripada Anis dari Balok. Mujur antara sedar. Jadi harap-harap hasilnya mengikut spek lah yer....he3. Jadi 100 biji apam polkadot berinti kaya, bluberi dan strawberidan kek coklat moist 1.2 kg. Harap berpuas hati yer.

Dan selamat delivery ke Mega Mall Kuantan. Maaf lah yer. Akak terpaksa caj penghantaran. Itu pasal saya lebih suka pelanggan pick up sendiri. Tak sampai hati nak caj...he3


 kek coklat moist 1.2 kg




Maklumbalas dari Anis :
Salam. best akk. apam ok, kek lmbut, moist jer. sdap. tggl suku bahagian dah. insyaAllah psni blh order lg dgn akk..

Tq...yer Nis. Jangan serik untuk mengorder lagi



Friday, 17 June 2011

Apam polkadot untuk Fiza RTM

Tempahan diterima dari Fiza yang menginginkan 100 biji apam. Apam berinti campur-campur. Jadi inilah hasilnya. Sebenarnya saya lebih gemar pelanggan tetapkan color, bagi memudahkan dan takut pelanggan tak berminat dengan warna yang saya tetapkan. Tapi kalau tak kesah....okey jer kan...he2...

 Warna hijau merah, biru putih dan purple merah menjadi pilihan.

Belum setengah jam saya hantar, Fiza dah bagi maklum balas :
"Akak, ktorg dh mkn yg plastik comel 2..sdap sgt kak..tq ek.."

Alhamdullilah.....TQ Fiza....jangan serik mengorder lagi yer...



Tuesday, 14 June 2011

Testimoni pelanggan tempahan apam polkadot

Insya-Allah kami akan membuat feedback selepas jualan. Tujuannya agar dapat meningkatkan kualiti produk kami.

Antara feedback yang kami dapat :

En M (nama saya tak ingat) : Apam polkadot berinti
"Apam tu ok..Sedap...Mmg nk order lg bln dpn.."

Malyanah : Apam polkadot dan mini kek coklat moist
"sdap2..lembut n moist je. x kesat tekak ble mkn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...