Monday 30 May 2011

Mini Cupcakes coklat moist kukus

Saya menerima tempahan mini cupcakes coklat moist yang dikukus. Rasanya lembut, moist dan gebu. Saiznya lebih kecil daripada saiz cupcakes biasa.

 Mini Cupcakes coklat moist
Gebu, lembut dan moist
Paper cup saiz 2


 Harga :
S2 size - paper cup saiz 2

RM0.40 SEBIJI
min order 100biji



M size

RM 1.00 SEBIJI
min order 50 biji



Mini cupcakes ini juga boleh dipacking

Bekas Transparent  
Bekas terdapat dalam saiz untuk 2 biji/4 biji/6 biji/ 8 biji / 16 biji dll

Plastik bunga juga ada

Rasa yang sungguh moist, lembut dan gebu.
Insya-Allah sedap.
Rugi kalau tak cuba
Jadi, jika berminat bolehlah hubungi saya








Kek Coklat Moist

Kami menerima tempahan kek coklat moist. Resepi terbaik yang saya pilih untuk kek ini. Rasanya yang lembut dan enak. Serta cair di dalam mulut...hurm...sedap

Lebih enak apabila disirami dengan coklat dan ditaburi dengan coklat rice.

Sebelum ditabur coklar rice

Selepas ditabur dengan coklat rice

Siap sedia dipacking
Ini sebenarnya tempahan dari Iqa.
Untuk besday anak buahnya yang tak boleh makan kek beli di kedai.
Saya tak berapa pandai nak deko cecantik lagi.
Tapi dia kata, tak per...janji sedap.
Siap dia kata lagi, "sedap betul puding roti akak hari tu".
Terima kasih order yer Iqa.
Nanti order lagi

Harga kek coklat moist ini:

RM 30 = +- 1kg 
RM 18 = +- 600 gram




Apam polkadot untuk Farrah

Ini adalah order mengejut dari Farrah. Telefon petang Khamis, nak ambil petang Jumaat. Kuantiti agak banyak iaitu 2000 biji termasuk packing untuk 2 biji. Bila dah packing lebih kurang 1000 lah. Saya agak takut juga nak terima. Takut tak sempat disiapkan. Namun Alhamdullillah, selamat dah Farrah datang ambil sendiri.


Pelbagai warna





Mujur Farrah request yang tak ada filling. Jadi senang sikit kerjanya. Terima kasih. Nanti order lagi yer

Puding roti untuk Iqa

Masuk jer iklan dalam mudah, Iqa terus telefon saya untuk order puding roti. Cuma dalam mudah saya tak letak gambar kuah susunya. Tapi untuk Iqa saya masih sediakanlah kuah untuk puding. Sampaikan adiknya yang mengambil puding tu ingat kuah susu tu kena bayar.

Tak payah sebenarnya. Harga puding roti tu sekali dengan kuahnya lah. Terima kasih lah kepada Iqa kerana sudi mengorder dari akak yer. Siap dia mesej saya kata, "sedap sangat lah kak".

Sememangnya rakan-rakan pun menyatakan sedap. Dan saya tidak kedekut resepi. Tetapi bila mereka buat sendiri, tak tahu kat mana silap mesti terlembik. Tak taulah. Resepi sama jer dengan saya. Mungkin sebab untuk makan sendiri, semuanya nak letak lebih. Hasilnya, terlebih basah dan terlembiklah. Sukar untuk dipotong.



 Puding roti bersama kuah susu
Sedap sangat, kata Iqa

Puding roti yang mengandungi kismis.
Ditaburi dengan badam dan coklat rice

Berminat, silalah hubungi saya

Sunday 29 May 2011

Puding roti berkuah susu

Saya juga menerima tempahan puding roti. Puding roti sememangnya mudah untuk dihasilkan, namun tidak ramai yang rajin membuatnya. Dan hasilnya juga tak sama. Malahan ada yang terlembik, maka sukar untuk dipotong.

Jadi malas nak pening kepala, order jer dengan saya. Insya-Allah menepati citarasa. Berdasarkan feedback dari rakan-rakan yang pernah merasanya- sedap, tak lembik, mudah dipotong, cukup rasa untuk manis. Malahan taburan badam dan coklat rice menambah perisa puding roti ini. Selain kismis yang dicampur ke dalam puding. Selain itu turut disediakan susu untuk disiram ke atas puding roti. Malahan, ada tempahan dari rakan-rakan yang merasanya. Jadi, cubalah....kui....kui...




 Puding roti yang dibakar dalam oven dan mengandungi kismis. Ditaburi badam dan coklat rice/chips.
Disertakan dengan susu untuk disirami di atas puding.

Harga:
RM40
BERAT BERSIH DALAM +- 1.8KG

RM 22
+-900 G

INSYA-ALLAH SEDAP
RUGI TAK MENCUBANYA

berminat, silalah hubungi saya. Insya-Allah menepati selera.
Sesuai dijadikan makan-makan atau hidangan kuih ketika majlis apa-apa 

Apam polkadot untuk Hidayah

Tempahan diterima dari Dayah dari IKIP. 100 biji iaitu 50biji kaya dan 50biji lagi blueberry. Tempahan mulanya nak ambil 2 hari selepas order. Namun dicepatkan sebab anak-anaknya dah tak sabar nak merasa apamnya.

Alhamdulillah, berjaya disiapkan. Petang tu dia ambil sendiri. Harap berpuas hati yer Dayah. Terima kasih bebanyak. Harap order lagi.

 Apam polkadot untuk Hidayah

Berminat, sila hubungi saya

Saturday 28 May 2011

Apam polkadot untuk Dyla

Tempahan diterima Dyla ssm. Mula-mula tepon tu dia duk takutkan saya pasal pendaftaran SSM. Saya kata ini cuma bisnes kecik. Tapi dia kata, kecil ker, besar ker jika melibatkan jual beli kena daftar. Oh...yer ker. Kalau camtu nak kena saman ker ni, kata saya lagi. Takdelah sebenarnya saya nak tempah apam, kata dia. Lah...buat suspen jer dia ni. Siap saya kata, nanti jangan saman akak yer kalau akak datang sana. Takdelah..kata dia lagi.

Insya-Allah, jika tak ada aral melintang akan saya daftarkan perniagaan saya ini. Tujuannya supaya pelanggan percaya dan yakin dengan produk saya ni.

Jadi dia tempah apam 100 biji. 50bj inti kaya dan 50bj lagi inti bluebery. Alhamduliah berjaya disiapkan dan dihantar.

Namun begitu berlaku sedikit kekurangan yang memang tidak disengajakan. Mujurlah juga Dyla baik orangnya.  


 Apam polkadot untuk Dyla
100 biji

Apam polkadot untuk hari guru

Ini adalah Apam polkadot untuk hari guru sekolah anak saya. Berintikan strawbery.


Sebelum dibungkus


Selepas dibungkus

Tuesday 24 May 2011

Carrot cake

Kek lobak merah yang lembut, gebu dan rangup disebabkan oleh badam dan lobak yang diparut.

Kek yang telah siap.
Boleh request letak cheese frosting

Sedap bagi penggemar carrot cake

Siap dipacking untuk pelanggan




Berminat, sila hubungi saya

Monday 16 May 2011

Apam Polkadot

Saya juga mengambil tempahan untuk apam polkadot. Pelbagai inti disediakan. Warna juga boleh dipilih.
Apam ini dikukus dan hasilnya cukup lembut dan gebu.





Harga apam polkadot:
RM 35 = 100 BIJI (filling)
RM 33 = 100 BIJI (kosong)




Filling boleh dipilih antaranya:
kaya, coklat, peanut butter, blueberry, strawberry, kacang merah

saiz : s

Apam juga boleh dipacking mengikut permintaan.
Antara packaging :
Plastik warna-warni
Bekas transparent utk 2 biji apam


Jika berminat saiz cup berbeza, boleh ditempah mengikut permintaan saiz yang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...