Monday 30 May 2011

Puding roti untuk Iqa

Masuk jer iklan dalam mudah, Iqa terus telefon saya untuk order puding roti. Cuma dalam mudah saya tak letak gambar kuah susunya. Tapi untuk Iqa saya masih sediakanlah kuah untuk puding. Sampaikan adiknya yang mengambil puding tu ingat kuah susu tu kena bayar.

Tak payah sebenarnya. Harga puding roti tu sekali dengan kuahnya lah. Terima kasih lah kepada Iqa kerana sudi mengorder dari akak yer. Siap dia mesej saya kata, "sedap sangat lah kak".

Sememangnya rakan-rakan pun menyatakan sedap. Dan saya tidak kedekut resepi. Tetapi bila mereka buat sendiri, tak tahu kat mana silap mesti terlembik. Tak taulah. Resepi sama jer dengan saya. Mungkin sebab untuk makan sendiri, semuanya nak letak lebih. Hasilnya, terlebih basah dan terlembiklah. Sukar untuk dipotong.



 Puding roti bersama kuah susu
Sedap sangat, kata Iqa

Puding roti yang mengandungi kismis.
Ditaburi dengan badam dan coklat rice

Berminat, silalah hubungi saya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...