Sunday 28 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Pejam celik pejam celik, rupanya tinggal lagi 2 hari lagi kita nak berasa. Terasa masa cukup pantas berlalu.

Dengan ini saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Dan saya sekeluarga juga ingin memohon seribu kemaafan dari zahir mahupun batin. Semoga dihalalkan segala kekurangan, keterlewatan dan segala ke..ter..ter..yang lain. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. 

Dan jangan lupa bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan untuk majlis rumah terbuka atau makan-makan, sila hubungi saya di talian 0104049491. Tempahan awal amatlah dihargai.

Sesungguhnya, tanpa anda semua sebagai pelanggan kami, siapalah kami.



Monday 22 August 2011

Tempahan untuk open house sempena aidilfitri sudah mula diterima

Kami kini mula membuka tempahan untuk majlis rumah terbuka sempena aidilfitri ini. Jadi sesiapa berminat boleh hubungi kami melalui telefon mahupun facebook. Seperti biasa, setiap tempahan perlu disertakan dengan bayaran penuh untuk sahkan tempahan.

Tempahan mula diterima selepas raya ke 6 iaitu 5 September 2011.

Tuesday 16 August 2011

Samosa dan karipap sejuk beku

Kini kami juga mengambil tempahan samosa dan karipap sejuk beku. Samosa dan karipap ni sangat sedap. Bukan itu sahaja malahan rangup dan secukup rasa. Jadi gambarnya akan saya upload kemudian. Samosa dan karipap ini adalah hasil kerja makcik saya. Dia dah lama buat dan jual kuih ni. Jadi tak rugi kalau mencuba kerana cukup sedap dan Insya-Allah akan memenuhi selera anda.

Malahan harganya cukup murah iaitu RM3.50 untuk 10 biji (1 bekas). 3 bekas untuk RM10 jer. Jadi sesiapa yang berminat hendak membeli secara borong, akan mendapat harga yang lebih istimewa.

Nantikan kemunculannya yer....karipap dan samosa sejuk beku

Monday 15 August 2011

Apam polkadot untuk ......

Tempahan apam polkadot dan apam ladybird ni sebenarnya untuk orang lain. Tapi entah di mana silapnya, puas saya call tak dapat tuan empunya diri tu. Mujur ada mak mertua saya yang sudi mengambilnya untuk dibawa ke masjid. Itulah kan. Macam-macam perangai manusia ni. Dan disebabkan ini, maka setiap tempahan yang dibuat perlu disertakan dengan bayaran penuh. Barulah tempahan itu akan dilayan. Tanpa bayaran, saya tidak akan membuatnya. Kecuali sesiapa yang tak banyak songel pernah berurusan dengan saya. Serik rasanya.

Semalam, ketika saya dah buat separuh apam tu, barulah teringat nak call tuan empunya. Sekali tulis 'wrong number'. Aiik...tak kan saya silap kut. Saya minta suami dan ibu mertua cuba pulak. Pun sama. Silap siapa ni? Apa pun berlaku, saya tahu rezeki saya sudah tertulis. Jika hari tu rezeki saya ditarik, Insya-Allah esok akan ada rezeki lain yang mungkin akan lebih mencurah-curah. Redhakan jer. Dan sedekahkan jer....agar rezeki saya lebih murah. Itu yang separuh ladybird dan separuh lagi putih hitam jer.

Hari tu dah terkena sekali. Si penempah tu cancel di saat akhir. Pada hal saya dah buat ketika dia cancel tu. Mungkin disebabkan dia tak bayar lagi, jadi dia ambil mudah. Itu pun saya sedekah kan jer kat kawan-kawan anak saya. Dan Alhamdullilah....esoknya rezeki saya mencurah-curah. Tempahan pun datang sampai tak terambil. Itulah kan...kalau Allah kata itu bukan rezeki saya...maka tak delah. Kalau ada...adalah kan.

Dan saya tahu tidak semua orang sebegitu. Sebab sekian lama saya jual kuih ni, baru 2 kali terkena. Dan masih ramai lagi para pelanggan saya yang jujur. Apa pun kini saya perlu lebih berhati-hati.

Layan gambar apam yang dah selamat dibuat dan dihantar ke Masjid tu...


Separuh lagi ladybird



Tqvm Ina

Tempahan apam polkadot dan cmc untuk Ina. Tq yer...harap berpuas hati yer





Apam polkadot untuk Wan

Repeat order lagi dari Wan untuk apam polkadot. Terima kasih yer Wan. Lain kali order lagi. Gambar kali ni kurang comel sebab kamera saya dah rosak dan cuma guna handphone. Mujur nampak warnanya lagi.




Tqvm Anis Balok

Repeat order dari Anis. Terima kasih yer, harap berpuas hati.



Apam polkadot untuk Lia

Tq yer lia kerna sudi menempah apam dari akak. Harap berpuas hati yer.




Thursday 11 August 2011

CMC untuk lan

Tempahan diterima daripada Lan yang menginginkan 2 biji Coklat Moist Cake. Sepatutnya dia hendakkan mengejut dimana tempah semalam dan ambil petangnya. Namun disebabkan saya duk kalut menyiapkan tempahan untuk orang lain, maka saya tangguhkan ke hari ni. Mujur dia tak kisah, walaupun sayu jer suaranya sebab nak buat buka puasa. Jangan sedih yer dik. Hari ni boleh buat buka puasa dah. Apa pun harap berpuas hati yer.

Lain kali order lagi yer





Tqvm Zila

Terima kasih kepada Zila yang sudi menempah sebiji puding roti dan 2 biji puding triffle.

 Harap berpuas hati yer




Puding roti untuk Sya

Tempahan puding roti untuk diagih-agihkan kepada stafnya ini ditempah oleh rakan saya Sya sebanyak 200 bekas. terima kasih bebanyak yer. Harap berpuas hati.


Puding roti yang telah siap di pek.
Sedia untuk di pick-up



Tqvm Nani

Tempahan diterima daripada rakan Fb, Nani yang telah menempah 5 biji puding trifle dan 50 biji mini muffin coklat chips. Terima kasih bebanyak yunk. Nanti order lagi tau.
 Mini muffin
Gambar kabur disebabkan nak cepat

5 biji triffle
Tq dear, harap berpuas hati yer




Monday 8 August 2011

Apam ladybird untuk Wanie

Tqvm dear kerana sudi menempah apam ladybird dari akak yer.















Coklat Moist (CMC) untuk Pn siti

Repeat order CMC dari Pn Siti. Terima kasih yer. Dan telah selamat dipick-up di Shah Putra.






Apa pun diharap Pn Siti berpuas hati CMC nyer.
Jika ada rezeki, lain kali order lagi yer.



Tqvm Pn Solehah

Terima kasih Pn Solehah kerana sudi menempah dari saya. Sebiji puding roti, 10 set apam 8 biji, 1 set apam VIP dan 20 biji apam untuk makan-makan. Jadi jumlah semua apamnya 109 biji.

Apam polkadot untuk Wan

Repeat order dari Wan. Terima kasih yer Wan kerana sudi menempah sekali lagi apam polkadot dari akak. Maaf lah tak dapat jumpa hari tu, sebab tuan tanah dah tergolek kepenatan....he3. Apa pun jangan serik menempah kuih dari akak yer.

 150 biji apam







 Siap sedia untuk di pick-up
Dan selamat dipick-up oleh Wan dan tunangnya di rumah saya.


Sunday 7 August 2011

Puding roti untuk Pn Farida Dan Emy

Tqvm kepada Pn Farida yang sudi menempah sebiji puding roti daripada saya. Dan terima kasih juga kepada Emy yang sudi mempromosikan puding roti saya pada kawan-kawannya.

 Puding roti untuk Pn Farida saya terlupa snap. Apa pun, sama jer dengan yang ini.

Rakan-rakan Emy telah menempah 3 biji puding roti. Terima kasih yer. Kalau okey, lain kali order lagi.


Puding Triffle

Puding triffle yang dilengkapi dengan 2 pilihan kek iaitu kek coklat moist atau swiss roll.

 RM1.20 = saiz kecil

Saiz sederhana
RM2.30 (Tiada kek)
RM2.50 (ada kek)














Berminat, sila hubungi saya yer

Dadih

Kami juga menerima tempahan dadih pelbagai perisa seperti jagung, mangga, laici, dll.





Harga :
RM0.60 - saiz kecil
RM1.00 - Saiz besar






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...